// Datin Airynn
awesomelicious

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

Hello guys! Havva nice day :)


Status!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Datin Airynn
Others:   


yang benar dari hati

entri kali ni takde pape yang menarik. aku just nak share beberapa pandangan aku pasal haters yang mengumpat dari belakang. apesal lah wei cetek sangat pemikiran. a'aa still kids tak matured pon lagi. wkwkwk. 


so back to business, actually kadang kadang aku rasa tension and depress jugak dek kerana haters yang melemparkan kata kata yang sungguh menyakitkan hati dan tak diterima otak. keji hokay ! but now aku ambik keputusan untuk pekakkan telinga bagi chance sepenuhnya untuk haters and pengkritik terhebat di abad ini judge aku. it's up to them la nak judge aku camne. takat kenal aku kejap pastu tak rapat sangat korang tak yah la nak mengata aku. dari belakang pulak tuu. nak mengata pon something yang tak masuk akal. come on lah luaskan tahap pemikiran korang. jangan memalukan diri sendiri pulak.

seriously aku tak rasa pape pon dengan korang mengata something stupid like that laa. yang aku rasa nya sedikit terkilan sebab both of you kawan aku. hahaha haters tu kawan sendiri rupanya. berapa tahun eh duk kawan dengan korang ? berapa akrab eh kite ? senang senang korang mengata aku. dah la mengata buat status kat facebook. ingat aku bodoh sangat tak baca status korang tu ? tak puas hati kes hape yang over gilaa melalak kat status facebook tu ? kalo dah menyampah sangat UNFRIEND and BLOCK aje terus ! kan senang beb ? soo tak perlu lah aku buad entri ni. kan kan kan ? aku lebih prefer kalo nak hentam, hentam depan aku je. face to face. maybe we can talk and solve this problem. apesal korang tak face aku ? takot ea orang tao perangai jijik korang nih ? okay okay faham. hot setuff la katakan. orang terpengaruh kat sekolah dulu. aku ni sape la. takde orang kenal aku pon. 




aku buat status ke hape ke bukan nak cari publisiti murahan kat facebook tu. semata mata nak luahkan ape yang ada dalam hati blog ni pon sama, aku bukan la hot stuff buat facebok ramai orang add. buat blog ramai follower. aku just buat semua ni hanya untuk puaskan hati aku. bukan untuk riak or perasan or whatsoever. hanya untuk kepuasan sendiri. up to you laa kan nak benci aku ke hape ke. ustaz Azhar Idrus kata tak boleh membenci seseorang kalau bukan kerana Allah swt. soo aku tak nak benci korang sebab korang buat aku macam ni. aku tahu aku bukan warak and so alim macam ustazah or pape, tapi aku tak nak jadi busuk hati lagi. i just want to be a better me. yeah aku mengaku dulu memang aku nakal sangat, kurang ajar, perangai ala ala gangster tapi tu bukan aku lagi. maybe sebab peningkatan umur aku rasa ingin jadik lebih matured dan lebih pandai mengawal diri. 


yang mengenali aku dulu, i have to mention here, aku yang korang kenal dulu dah berubah. even tak seratus percent tapi aku sedang usaha untuk jadik lebih baik. ramai yang support aku selain parents aku sendiri yang tak penah putus putus mendoakan aku. akram jugak. yeah he gives me a lot of advices. dia dah ubah aku dari yang keras hati, insyaAllah dah makin lembut sekarang. and because aku dengan dia jugak ada orang meluat. kata aku sorang ade pakwe and whatsoever yang tak elok di dengar tu. bia la tu kisah aku dengan dia, ada aku mintak duit korang aku kapel dengan dia ? tak kan ? so what your problem now ? aku bercinta dengan dia bukan nak menunjuk kat orang, aku memang sayang dia and that's enough. lagipon bukan twentyfour/seven aku buat status kat facebook pasal dia. soo tak yah la meluat sangat. ke kau jealous sebab kau takleh nak wat status sweet ? wkwkwkwk. yang sorang lagi tuu, time kau duk jiwang karat dengan pakwe kau tuu boleh pulakk ? heyy you are soo unfair laah sayang. mana aci kau dengan pakwe kau je buat status sweet. aku pon nak jugak. hihihihi. 
and satu lagi aku baca komen dorang kata sepp ngaji. hahaha. kau jealous jugak ye sayang ? soo meh aku nak berlagak ni, hari tu trial SPM aku dapat tinggi la jugak kan. ade la cikgu ni datang bagi surat pasal UTP. aku ni yang memang dari dulu minat engineering study so aku apply la UTP. nak berlagak lagi ni, UTP ialah Universiti Teknologi PETRONAS. hebat kan bunyinya ? bulan 12 lepas SPM tu aku dapat pegi Educamp. interview lah nak masuk UTP. 8 Januari aku dapat offer ke UTP buat foundation. awal dari candidate SPM yang lain. orang lain duk enjoy sakan lagi life after SPM tapi aku dapat offer dah. hebat takk ? maybe korang tak puas hati sebab aku dapat study lebih awal. tak perlu lah sayang. nanti korang pon boleh study and masuk UTP jugak hape. kalo result bagus la kan ? mama aku cakap sape yang usaha lebih dia dapat la ganjaran. aku kan usaha lebih masa trial tu. soo aku dapat rezeki awal dari korang. yang specialnya aku, aku dapat graduate lebih awal dari korang and dapat kahwin lebih awal dari korang. opsssss. berlagak kan aku ? soo what ? dah korang nak sangat aku jadik berlagak gini. soo aku dah jadik la ni. hihihihi :DD 




eh dah panjang gilaa aku membebel ntah pape ni. aku nak stop dulu. nak pegi basuh kain, nak study pre-calculus. nak jealous jugak ke ? huhuhu. soo haters, lets spread the love and stop hating each other. aku tak kan sakit hati since I got a lot of works to do. from the bottom of my heart, I am very sorry kalau aku ada buat something yang korang dislike. but trust me, the only reason aku buat status kat facebook and blog just to share my thoughts and experiences. hope we still can be friends like before. thank you and take care. :DD